Rabu, 17 Disember 2008

IbUku pulANg dari InDonESia

Hari ini,aku telah menyambut kepulangan ibu dari Indonesia.Ibu ke sana untuk mengikuti kursus bersama beberapa orang kawannya.
Ibu telah sampai di K.L.I.A lebih kurang pukul 3 petang.Setelah itu bertolak ke KISAS dan sampai di sana kira-kira pukul 6:15 petang.
Ibu beli banyak sangat cenderahati untuk kami semua.Pada malamnya,kami telah makan besar bersama-sama saudara-mara terdekat.

Selasa, 16 Disember 2008

First day with my blOG.....

Mulai pada hari ni aku sudah mempunyai blog aku sendiri setelah aku dapat tahu yang saudara-mara ku sudah mempunyai blog.Setelah aku melihat blog Hafizul yang menarik itu,aku terus membuat blog aku sendiri.Selepas ini,bolehlah aku berkongsi kisah-kisah menarik bersama saudara dan kawan-kawan ku.

Susah betul nak cari nama bagi alamat blog aku.Akhirnya,aku mengambil keputusan untuk menamakan blog ku menggunakan bahasa arab.Aku terus mencari kamus untuk mencari perkataan yang untuk blog aku.

Akhirnya,aku telah dapat perkatan yang ku cari."Iftahulhaiyat95" maksudnya ialah "pembukaan hidup".Itulah kisah kali pertama aku membuat blog.